Raja Sulayman Kerajaan_Manila

Raja Sulayman atau Rajah Sulayman (سليمان) adalah raja muslim yang memerintah kawasan Tondo dan Manila. Turut sama memerintah orang Tagalog ialah Raja Lakandula dan Raja Matanda. Suku Tagalog ketika itu bertumpu di kawasan selatan Sungai Pasig di Manila

Raja Sulayman pada mulanya menyambut baik kedatangan orang Sepanyol yang dikepalai Martín de Goiti dan Juan de Salcedo. Beliau malah menjalinkan persahabatan dengan mereka dan menawarkan rempah ratus dan dayang-dayang sebagai hadiah. Tetapi setelah beberapa minggu berlalu, beliau mulai sedar bahawa Sepanyol mula mengambil kesempatan terhadap budi baiknya dan mereka cuba untuk menawan Manila kerana kekayaan hasil buminya. Raja Sulayman kemudiannya melancarkan serangan ke atas penempatan Sepanyol di Manila.